Tuesday, 16 July 2019

kenali serangga perosak

Jika sesuatu kawasan dipenuhi dengan kelkatu pada waktu malam, keesokan harinya pasti kawasan tersebut dipenuhi dengan sayap serangga itu - tanpa badan.

Tapi kemana hilangnya badan makhluk itu? Sebelum menjawab lanjut tentang persoalan ini, kita terokai terlebih dahulu dari mana datangnya serangga bersayap ini.

Kelkatu = Anai-anai

Ini mungkin satu hakikat yang sukar ditelan, tapi ya, kelkatu merupakan anai-anai. Menyelusuri lanjut mengenai haiwan unik ini, mari kita masuk dahulu tentang kitaran hidup anai-anai.

Anai-anai merupakan haiwan yang unik kerana mereka ini disifatkan sebagai haiwan yang bagus dari segi sosialnya. Ini kerana mereka mempunyai kasta dan setiap jenis kasta mempunyai tujuan masing-masing. Dalam setiap koloni anai-anai akan ada pekerja, askar, dan pembiak berserta dengan raja dan ratu.

Kehidupan anai-anai bermula dari telur yang akan bertukar menjadi larva. Larva ini kemudian akan bertukar menjadi sama ada pekerja atau askar atau menjadi pembiak. Penjelasan lanjut mengenai perkembangan larva anai-anai agak panjang dan kompleks, jadi kita ringkaskan sampai di situ saja.

Askar dan pekerja
Anai-anai pekerja secara ringkasnya membuat kerja-kerja seharian dalam dunia anai-anai; termasuklah menjaga ratu, membaiki sarang, memberi anai-anai kasta lain makan, menjaga telur dan mencari makanan. Biasanya, tugas-tugas ini dibahagikan mengikut umur dan juga saiz anai-anai pekerja. Anai-anai inilah yang selalu anda lihat memakan kayu.

No comments:

Post a Comment